Bismillahirrahmanirrahim
Assolatu wassalamu 'ala nabi Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in

Hari ini merupakan hari yang mana interpretZZ mencapai satu rekod baru.

Hari ini interpretZZ telah mencapai kunjungan yang ke 500,000 (lima ratus ribu sahaja).

The screenshot marks a historic day in which interpretZZ reached its 500,000th reading
Tangkap layar menandakan hari bersejarah di mana interpretZZ mencapai bacaan ke 500,000

Kiranya rekod kali adalah setelah interpretZZ mendapat kunjungan ke 100,000 (satu ratus ribu) pada 7 September 2014 (20140907) iaitu 3 tahun 6 bulan 18 hari yang lalu iaitu dengan perbezaan selama:

  1. 1295 hari
  2. 185 minggu
  3. 42 bulan
  4. 31080 jam

Jika Tedi dengan rajinnya membuat kira-kira, secara kasarnya interpretZZ dibaca sebanyak:

  1. 308 halaman sehari
  2. 2162 halaman seminggu
  3. 9253 halaman sebulan
  4. 12 halaman sejam

Jikalah nilai satu halaman tu satu sen (RM 0.01), kaya dah Tedi, hehehe. Malangnya ia hanya mimpi.

Berbeza dengan zaman dulukala di mana Tedi berharap kepada ping busuk, pada masa sekarang Tedi lebih santai dan tidak aktif, hanya mengarang apabila ada mood. Jika kisah peribadi Tedi karang pendek-pendek sahaja dan publish, manakala jika ada mood nak merapu sedikit dan mengarang something yang dedicated, ia akan jadi panjang dan mungkin makan masa berhari-hari.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi mengikuti dan membaca interpretZZ selama ini. Semoga semua pembacaan anda bermanfaat.

20180326

[T21E15] Rekod sepanjang masa: 71, rekod setahun: 36