27 Mac 2018: Kemaskini CV

Master mula kemaskini dan hantar resume kepada sebuah syarikat di Cyberjaya.

Adakah Master akan bekerja di Cyberjaya selepas ini?

Entahlah...

Apa yang penting pada masa sekarang ni ialah update resume dan hantar sahaja kepada mana-mana job opening yang bersesuaian, mungkin di Cyberjaya dan Bangsar South.

Semalam ada job hunter tanya Master jika berminat untuk bekerja di Mont Kiara... macam jauhlah pula...

rainbow six siege beta sharefactory unlockable

Dua Jumaat Lalu

Pada dua minggu lepas semasa dalam perjalanan ke Masjid Ar-Rahah untuk menunaikan solat Jumaat, Master sempat berbual dengan seorang pakcik yang tidak dikenali.

Perbualan itu berlaku dalam sebuah lift.

Pakcik itu adalah pekerja Amway bahagian kewangan. Master tanpa segan silu bertanya jika ada kerja kosong di AMWAY.

Pakcik tu kata ada.. memang ramai diperlukan, dan ada email dalaman syarikat AMWAY meminta para pekerja mereka mencadangkan sesiapa sahaja untuk bekerja.

Bagi jawatan yang sesuai dengan Master, lokasi pejabatnya adalah di AMWAY cawangan Cyberjaya.

Pakcik itu mengambil nombor telefon Master dan jika ada rezeki dia akan hubungi Master.

 

28 Mac 2018: Rekrut Dua Orang

Setakat hari ini Master telah merekrut dua orang calon yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam pasukannya. Jika ada rezeki mereka akan memohon untuk sertai pasukan Master.

 

Kes Belum Selesai

Master juga telah memohon untuk bercuti pada 2 April 2014, iaitu Isnin minggu hadapan.

Sudahlah ada satu kes belum diselesaikan dan dihadapkan kepada CEO, harap-harap esok kes itu selesailah...

 

Satu Hari Satu Kerja?

Master mula mengamalkan polisi mohon satu kerja setiap hari. Master bukanlah nak berpindah kerja sangat, tapi gaji sudah tidak mencukupi pada zaman Najib ni.

Gaji naik sikit, macam-macam naik... loan rumah pun naik. Minyak kereta dulu setahun sekali belum tentu naik, sekarang tiap bulan pasti ada naik.

Master bukan jenis suka berpindah-randah tempat kerja, namun keadaan sudah semakin menghimpit.

Tempat kerja baru Master sekarang ni agak bagus persekitarannya kerana mendedahkan Master dan tambahkan yakin diri untuk Master menjual diri di tempat lain pula.