Panduan Solat Hajat Ringkas

Hari ini tempat kerja Master buat majlis bacaan Yasin, tahlil dan solat hajat sempena pelaksanaan dua projek mega buat syarikat Master pada tahun 2018 ini.

Pada majlis tersebut, ustaz yang dijemput sempat memberi kuliah.

Katanya tak salah laksanakan solat hajat jika apa yang dihajati itu adalah sesuatu yang tidak melanggar syariat.

Tapi ustaz menegur orang Melayu kerana selalu meminta orang alim membuat solat hajat untuk apa yang mereka hajati, sedangkan sepatutnya orang yang berhajat itulah yang melaksanakannya.

Ustaz kata tidak salah ada majlis sebegini bagi sesebuah organisasi untuk peristiwa tertentu, tetapi bagi orang Islam, hendaklah laksanakan solat hajat ni setiap hari. Sebab apa kena buat setiap hari? Sebab kita manusia ni banyak sangat hajat dan impian.

Ulama dulu-dulu tiada solat khusus untuk solat hajat, tetapi mereka selalu bersolat sunat dan mengadu kepada Allah subhanahu wa taála untuk apa sahaja hajat mereka. Solat mereka tu mungkin solat tahajud, solat taubat, atau sekadar doa, atau juga zikir.

Tapi tidak salah untuk kita membuat solat hajat, kerana Rasulullah sollalahu a'laihi wassalam mengajar kita untuk mengambil wudhu dengan sempurna dan tunaikan solat dua rakaat apabila kita ada kehendak.

Hajat yang paling perlu diutamakan dalam solat hajat adalah impian yang besar dan utama, iaitu untuk mendapat redha Allah dan hidup dan mati dalam kebaikan.

Ketika memohon hajat perlulah beradab, ketika memohon hajat tu kita kenalah sertakan penyerahan diri kepada Allah subhanahu wa taála atas apa juga yang ditaqdirkannya atas apa yang kita hajati. Redha atas apa juga ketentuan-Nya.

Selain itu berkenaan membaca surah Yasin, tidak menjadi masalah menjadikannya perantaraan untuk kita memohon sesuatu tapi hendaklah kita beramal dengan al-Quran itu dahulu dan bukan hanya menggunakannya untuk sesuatu niat sahaja.

Panduan Solat Hajat Ringkas (Simple)

Memandangkan masa yang suntuk, ustaz mengajar panduan solat hajat yang ringkas untuk dilakukan:

  1. berniat solat hajat dua rakaat
  2. rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan diikuti surah al-Kafirun satu kali.
  3. rakaat kedua baca surah al-Fatihah dan diikuti surah al-Ikhlas tiga kali.
  4. sujud terakhir diniatkan apa yang kita hajatkan, mengadu dalam hati.

Ulasan

Trending