Perbincangan

Pada masa sekarang ni Master of Tedi menggunakan adapter WIFI USB TP-LINK TL-WN727N pada komputer riba beliau kerana entah kenapa berlaku kejelikan pada pembekal yang membekalkan komputer riba tanpa memasang adapter tanpa wayar di dalamnya.

gambar adapter usb WiFi TP-Link TL-WN727N 150 Mbps

Penyesuai USB ni sama seperti apa yang kita panggil huddle tu.

Masalahnya sekarang ni ialah penyesuai tersebut selalu dimatikan oleh Windows 10 ketika menggunakan bekalan kuasa daripada bateri sahaja. Ini menyebabkan komputer riba HP PROBOOK G5 tu selalu terputus sambungan internet.

Melalui kajian di internet, rupa-rupanya ramai yang menghadapi masalah seperti ini, dan di bawah ni adalah salah satu panduan daripada Microsoft untuk selesaikan masalah tersebut.

Penyelesaian kepada masalah penyesuai tanpa wayar dimatikan oleh Windows 10

Ramai pengguna yang mengalami masalah Windows mematikan adapter WiFi mereka secara automatik.

Memadamkan pilihan "Allow windows to turn this device off for power efficiency" selalunya tidak membuahkan hasil.

Tetapi kita punyai pilihan lain untuk mengatasi masalah ini melalui setting kuasa.

 1. Buka Control Panel

 2. Pilih System and Security

 3. Pilih Power Options

 4. Di sebelah pelan kuasa semasa anda, pilih Change Plan Settings

 5. Pilih Change Advanced Power Settings

 6. Pilih USB Settings

 7. Pilih USB Selective Suspend Setting

 8. Pilih Disabled

Cukup itu sahaja. Adapter WiFi anda kini sepatutnya tidak lagi terpadam.

Jika masalah sama masih berulang, anda mungkin menghadapi masalah driver dan memerlukan kemaskini kepada versi terbaru.

20180310