Harga Gas Memasak Hari Ini

Bismillahirrahmanirrahim

Assolatu wassalamu ála rasulullahi wa ála alihi wasohbihi ajmaín.


Selamat sejahtera ke atas kamu.


11 April 2018: Kedai Acheh – GASUL tong besar – RM 26.60

tong_gas_lpg_14kg_petron-gasul

Alkisahnya semalam gas memasak di dapur rumah kami telah kehabisan, maka Master terpaksa mengerah tenaga dan membanting tulang empat kerat beliau untuk mengangkut tong gas masak lama ke kedai dan mengangkat tong gas yang baru dibeli ke dapur.

Angkat tong gas lama ke kedai tiada masalah kerana ia telah kekontangan atau kegersangan, namun mengangkat tong gas baru ke rumah memerlukan kemahiran mengangkat yang baik supaya tidak mengalami kecederaan belakang dan pinggang. Biarlah angkat tong gas macam penguin kerana terpaksa jalan kedek-kedek, namun lebih baik daripada terpaksa alami kecederaan.

Master beli tong gas baru di kedai Acheh di kawasan rumah kami. Tong gas baru itu berjenama GASUL berwarna merah. Harga gas memasak Petron GASUL tong merah tersebut pada semalam ialah RM 26.60.

Ulasan

Trending