Catatan

Ditampilkan (Berbayar: tedi.interpretzz@gmail.com)

De5 Homestay, Kampung Delima, Wakaf Bharu, Kelantan

Imej
Hari ini Tedi nak promosi sebuah homestay di Wakaf Bharu. Tapi gambar mungkin tiada kerana Tedi belum sempat ngadap buku nota lagi.Karangan mengenai De5 Homestay Wakaf Bharu / Tumpat ini dibahagikan kepada beberapa seksyen seperti Harga, Pengenalan, Tempat menarik:,Nombor telefon De5 Homestay Wakaf Bharu / Tumpat, Lokasi De5 Homestay Wakaf Bharu / Tumpat.HargaHarga semalaman: MYR 100 sahaja.Selain kadar semalaman, De5 Homestay Tumpat juga terima sewaan sehingga sebulan terutamanya orang luar yang punyai kerja di sekitar Kota Bharu.PengenalanDe5 Homestay adalah sebuag inap desa (homestay) di Kampung Delima, Wakaf Bharu, Kelantan di Jalan Bunut Susu - Kubang Batang. Homestay ini terletak di jajahan Tumpat, berhadapan jalan Bunut Susu.Berhadapan (seberang jalan) Masjid Mukim Delima dan kedai makan.Sebuah rumah dengan 2 bilik, 1 tandas, 1 bilik air, ruang tamu, dan dapur.Setiap bilik dan ruang tamu punyai kipas siling, tanpa penghawa dingin.Setiap bilik tidur punyai katil queen.Tempat men…

Error converting data type nvarchar to numeric

Imej
IsuSemasa guna function findOne(example), dapat error yang panjang berjela, didahului dengan tajuk masalah tukar data jenis nvarchar kepada numeric.Error yang sama juga berlaku apabila Tedi cuba gunakan isExists.PenyelesaianSetelah hantuk kepala beberapa kali akhirnya Tedi mendapati ada column dalam model utama yang asalnya ialah numeric telah ditukar kepada nvarchar dalam pangkalan data.Log2018-04-17 17:36:23,100 [http-nio-8888-exec-11] ERROR org.hibernate.engine.jdbc.spi.SqlExceptionHelper - Error converting data type nvarchar to numeric.
org.springframework.orm.jpa.JpaSystemException: org.hibernate.exception.SQLGrammarException: could not execute query; nested exception is javax.persistence.PersistenceException: org.hibernate.exception.SQLGrammarException: could not execute query
     at org.springframework.orm.jpa.EntityManagerFactoryUtils.convertJpaAccessExceptionIfPossible(EntityManagerFactoryUtils.java:418)
     at org.springframework.orm.jpa.AbstractEntityManagerFactoryBean.tran…

Aina patut masuk wad

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Selawat dan salam buat Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda, dan para sahabat baginda.Ini adalah karangan mengenai aktivita harian kami sekeluarga untuk tarikh 16 April 2018.Sekali lagi ke Klinik Dr. Siti Kota Warisan Semalam sekali lagi kami ke klinik Dr. Siti di KIP Sentral di Kota Warisan di Sepang di Selangor di Malaysia.Tujuan utama kami adalah untuk bawa Nor Äina ambil neb kerana ada bunyi kuat ketika di bernafas.Doktor yang memeriksa Nor Áina menyatakan bahawa bayi berusia setahun sebulan itu patut dibawa ke hospital dan ditahan di wad untuk periksa bunyi seperti jangkitan kuman di paru-paru sebelah kiri. Bunyi whizzing di sebelah kanan pula kedengaran reda setelah Aina ambil neb.Aina menangis bersungguh-sungguh kali ini semasa ambil nebulizer dan kelihatan hingus pekat banyak keluar daripada hidungnya. Adakah perlu beli neb? Mungkinkah nebulizer ini perlu dibuat selalu untuk cairkan hingus beliau?Doktor membekalkan kami den…

Bermula era Redmi Note 5A Prime

Imej
BismillahirrahmanirrahimAssolatu wassalamu ála rasulullahi wa alihi wa sohbihi ajmaín
Karangan ini adalah catatan aktiviti kami sekeluarga pada 12 April 2018.
Bawa baby Aina ke Pusat Rawatan Harian dan Klinik Pakar HKLHari ini aktiviti kami bermula dengan membawa si bayi, Nor Aina, ke Hospital Kuala Lumpur.Kali ini temujanji Aina adalah dengan klinik pakar neurosurgeri kalau tak silap. Tujuan pemeriksaan kali ini adalah memastikan retak pada kepala Aina takkan membawa kesan buruk kepadanya.Belakang kepala Aina retak setelah dia tercampak dalam sebuah kemalangan yang kami sekeluarga alami di Cyberjaya. Tedi belum berkesempatan merakam kisah kemalangan tersebut.Segala puji bagi Allah. Doktor yang memeriksa bayi Nor Áina memaklumkan bahawa dia tidak mengesan sebarang pembesaran pada keretakan pada kepala Aina.Doktor tunjukkan di bahagian mana yang retak pada kepala bayi Aina, dan kata selalunya ia dibiarkan pada bayi kerana ia boleh sembuh sendiri, tetapi boleh jadi juga keretakan itu sema…

Harga Gas Memasak Hari Ini

Imej
BismillahirrahmanirrahimAssolatu wassalamu ála rasulullahi wa ála alihi wasohbihi ajmaín.
Selamat sejahtera ke atas kamu.
11 April 2018: Kedai Acheh – GASUL tong besar – RM 26.60Alkisahnya semalam gas memasak di dapur rumah kami telah kehabisan, maka Master terpaksa mengerah tenaga dan membanting tulang empat kerat beliau untuk mengangkut tong gas masak lama ke kedai dan mengangkat tong gas yang baru dibeli ke dapur.Angkat tong gas lama ke kedai tiada masalah kerana ia telah kekontangan atau kegersangan, namun mengangkat tong gas baru ke rumah memerlukan kemahiran mengangkat yang baik supaya tidak mengalami kecederaan belakang dan pinggang. Biarlah angkat tong gas macam penguin kerana terpaksa jalan kedek-kedek, namun lebih baik daripada terpaksa alami kecederaan.Master beli tong gas baru di kedai Acheh di kawasan rumah kami. Tong gas baru itu berjenama GASUL berwarna merah. Harga gas memasak Petron GASUL tong merah tersebut pada semalam ialah RM 26.60.

Tempah Xiaomi Redmi Note 5A Prime dari Lazada

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha PenyayangAssolatu wassalamu ála rasulullah saiyidina Muhammad wa ála alihi wa sohbihi ajamai’n
Assalamuálaikum wa rahmatullahi wa barokatuh
Karangan kali ini adalah mengenai pengalaman pertama Master membeli barang menggunakan portal beli-belah atas talian, Lazada. Agak susah nak kikis perasaan takut tetapi orang putih kata, “life must go on”.
Master bukanlah seorang manusia yang membeli barangan menggunakan laman web. Selalunya hanya Mommy sahaja yang membeli barang menggunakan internet. Tetapi kali ini Master nak beli sebuah telefon pintar dengan bajet terhad tetapi mahukan spesifikasi yang tinggi. Salah satu cara untuk mencapai cita-cita tersebut adalah dengan membeli gajet tersebut menggunakan kemudahan laman web membeli-belah seperti Lazada, 11 Street, dan Shopee. Memandangkan Master agak skeptikal untuk membeli melalui portal-portal yang disebutkan tadi, kawan Master turut mencadangkan satugadget.com dan directd, di mana kedua-duanya mempuny…

Ambil kit larian MMU E-Bee Run di D'Pulze Cyberjaya.

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad, dan keluarganya, dan para sahabat baginda.Karangan kali ini adalah sedikit catatan tentang apa yang berlaku pada hari ini. Tidak berkesempatan Tedi nak ceritakan satu-satu, maka Tedi rumuskan sahaja dalam kiriman ini. Untuk catatan pada hari ini, 8 April 2018.Newcastle United telah mengalahkan Leicester City di halaman lawan dengan keputusan 1-2. Nasib baik gol cantik Ayoze Perez telah mengunci kemenangan tersebut. Keputusan ini menyaksikan Newcastle kini berada di tangga ke sepuluh Liga Perdana Inggeris.Hafizh Syahrin menduduki petak ke 23 MotoGP Argentina Termas de Rio Hondo dengan sesi kelayakan berlangsung dalam hujan yang sepatutnya menjadi kelebihan buat beliau. Mungkin Hafizh belum serasi dengan jentera MotoGP yang lebih berkuasa? Perlumbaan itu telah ditangguhkan seketika atas faktor keselamatanUncle Farzie, Rado, dan Miss D telah menyertai Standard Chartered KL Marathon 2018 p…

Master periksa mata di Hospital Putrajaya

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sollallahu álaihi wassalam.Hari ini Master keluar rumah sekitar jam 7 pagi untuk ke Hospital Putrajaya kerana Master ada temujanji dengan ophthalmologist di sana.Master sampai di Hospital Putrajaya sekitar jam 7:40 pagi dan dapat nombor pada jam 7:50 pagi. Master dipanggil untuk pemeriksaan sekitar jam 8:30 pagi, dan habis temujanji dengan ophthalmologist sekitar jam 9:15 pagi.Ophthalmologist adalah gelaran bagi doktor pakar mata.Ini adalah temujanji kedua Master dengan pakar mata di Hospital Putrajaya, sebagai pemeriksaan susulan kepada pemeriksaan pertama dalam bulan Disember 2017 yang dilakukan kerana kemalangan kereta yang kami sekeluarga alami.Kali ini Master turut membawa hasil pemeriksaan mata yang diperolehi dari Hospital Kuala Lumpur.Merujuk kepada laporan pemeriksaan tersebut, doktor pakar mata tu menyatakan bahawa mata Master adalah normal dan tiada tanda glaukoma. Do…

Trending