Tedi nampak banyak blogger duk post "Alhamdulillah, Calvin Thoo masuk Islam."

Rata-rata mereka mengucapkan syukur.

Ada juga yang berdoa semoga ramai artis non-muslim masuk Islam.


Tedi teringat apa Master kata, "Apabila orang masuk Islam, kita serbu dia, ucapkan tahniah, luahkan rasa gembira teramat sangat kerana dia diberi hidayah. Tapi sebelum dia dapat hidayah, apa kita buat? Entah2 kenal pun tidak."

Sebenarnya apa yang Master kata itu adalah luahan daripada "saudara baru" sendiri yang pernah Master baca di laman Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim).
Sebelum mereka masuk Islam, tiada siapa pun nak ajar pasal Islam. Tapi apabila dah masuk Islam, ramai la datang ucapkan rasa terharu masing2.

Selain itu Melayu-Muslim di Malaysia ni memilih bulu. Saudara baru yang popular macam Calvin Thoo ni memang la dialu-alukan. Melalui komen seperti "semoga ramai artis non-muslim masuk Islam" pun Tedi dah nampak sikap memilih bulu tersebut.

Hakikatnya ramai lagi di luar sana yang selepas masuk Islam, hidup penuh dugaan. Tiada yang membantu, kecuali kekuatan aqidah mereka yang mendorong mereka melangkah. Ada juga di kalangan mereka yang hilang saudara-mara & pada masa sama saudara baru mereka tidak pula menghulurkan tangan.

Bukannya tak bagi rasa bersyukur kerana dapat saudara baru, cuma mahu kongsi kekecewaan mereka dengan sikap Melayu-Muslim di Malaysia ni yang langsung tak nak kongsi pasal Islam dengan mereka.

Kalau di dunia pun mereka dah tanya macam tu, bagaimana pula di "sana" kelak?

Siapa Calvin Thoo? baru sekarang Tedi sibuk nak cari...

Pautan berkaitan:


artis Malaysia masuk Islam ...



20 Mei 2013