Sebelum ini Tedi sangkakan berita asing hanya memaparkan propaganda

Ini adalah kerana agensi berita asing selalunya akan mendedahkan sesuatu berita dengan memaklumkan bahawa maklumat mereka itu diperolehi daripada "sumber yang boleh dipercayai".

Picture of the Prime Minister of Malaysia at the time, Datuk Seri Najib Razak holding a press conference on the MH 370 plane crash at the Sama Sama Hotel, Kuala Lumpur International Airport (KLIA), where what he was informed could be read in the news reported by the news agency overseas.
Gambar Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak membuat sidang media berkenaan nahas kapal terbang MH 370 di Hotel Sama Sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di mana apa yang dimaklumkan beliau telah dapat dibaca dalam berita yang dilaporkan agensi berita luar negara.

Sumber mereka itu selalunya akan dirahsiakan.

Contohnya dalam kes MH 370, mereka kata maklumat diperolehi daripada Pegawai Tentera atau Pegawai Kerajaan Malaysia.

Tapi identiti mereka dirahsiakan sehingga Tedi tak tahu sama ada maklumat itu diperolehi daripada pegawai atau hanya kakitangan bawahan? Entah-entah maklumat daripada makcik cleaner, kita pun tak tahu.


Tetapi tarikh 20140316 telah mengubah sangkaan Tedi itu.

Tapi apabila semalam pakcik Najib Razak memaklumkan melalui sidang media bahawa MH 370 telah dipandu dan transponder dimatikan oleh individu dengan tujuan tertentu, tapi masih belum dipastikan sama ada MH 370 dirampas, maka Tedi mula yakin dengan berita asing.

Kenapa?

Sebabnya apa yang dimaklumkan Perdana Menteri itu sudah berhari-hari Tedi baca dalam laporan berita luar negara.

Cuma mungkin Datuk Seri Najib Razak sedikit lambat memaklumkannya kerana terikat dengan protokol atau peraturan tertentu.


Agak Menggusarkan

Betapa bagusnya mengetahui kita boleh bergantung kepada sesuatu sebagai sumber berita yang boleh dipercayai. Tetapi hakikat agensi berita luar negara boleh mendapatkan sumber yang nadanya sama dengan apa yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri itu agak menggusarkan.

Adakah pegawai-pegawai di Malaysia ini tidak boleh menyimpan rahsia? Atau adakah mereka mengutamakan kepentingan peribadi?

Wallahu'alam.

 

20140316