Akhirnya Newcastle menggugurkan McClaren



  1. Peminat Newcastle United mungkin boleh bergembira apabila Toon Army akhirnya memecat Steve McClaren, dan menggantikan dengan pengurus Rafael Benitez yang pernah mengemudi kelab-kelab besar seperti Liverpool, Chelsea, Inter Milan dan Real Madrid.
  2. McClaren dilihat tidak mampu mengemudi Newcastle dengan baik, kelihatan tidak mampu member motivasi yang diperlukan.
  3. Taktik yang digunakan beliau juga agak tak menarik dan dengan mudah dipatahkan pihak
  4. Selain itu beliau dilihat hanya menjadi pak turut kepada pemilik kelab, tanpa kebebasan hakiki untuk memilih dan membentuk pasukan yang bagus.

Rafael Benitez pilihan yang bagus untuk Toon Army?

  1. Ini adalah satu persoalan yang subjektif, namun dengan perlantikan beliau, Newcastle memecah tradisi daripada memilih ketua jurulatih yang hanya menjadi boneka pihak pengurusan, ini adalah kerana Benitez punyai nama dan diketahui bahawa beliau mahukan kebebasan dalam membentuk skuadnya sendiri.
  2. Benitez juga pernah menang Liga Juara-juara.
  3. Selain itu beliau juga dikenali dengan kemampuan merubah formasi pasukan untuk disesuaikan dengan lawan yang bakal dihadapi.

Pertemuan menentang pasukan nombor satu liga jadi kayu ukur pertama.

  1. Pagi nanti Newcastle akan menentang Leicester City, sebuah kelab tidak ternama yang Berjaya menguasai tempat teratas liga di bawah kendalian Claudio Ranieri.
  2. Mungkin boleh dikatakan malang buat Benitez kerana terpaksa membimbing Newcastle menentang lawan yang kuat dan bermotivasi dalam perlawanan pertama beliau.
  3. Namun, kami penyokong Newcastle United, tidaklah gilakan sangat kemenangan pada pagi nanti, cuma mahu melihat Newcastle United kembali bermain sebagai satu pasukan dan bersemangat waja.
  4. Okaylah, Tedi mahu tidur, nanti nak kejut Master bangun tonton Newcastle lawan Leicester City pada jam 4 pagi.

201603