Tidak seperti tradisi Google yang menamakan versi Android berdasarkan nama dessert dalam susunan abjad, dua versi pertama Android hanya dipanggil Android 1.0 dan Android 1.1.

Gambar logo Android 1.1

Android pertama yang mendapat nama timangan berasaskan nama dessert ialah Android 1.5 yang dipanggil Cupcake.

Ia seterusnya diikuti oleh Donut, Eclair, Froyo, Gingerbread, Honeycomb, Ice Cream Sandwich, Jelly Bean, Kitkat, Marshmallow, dan yang terbaru dipanggil Nougat.

Android adalah OS atau system operasi bagi telefon pintar yang dibeli Google. Ia berasaskan Java yang dibeli Oracle menyebabkan Oracle cuba menyaman Google dengan dakwaan melanggar akta hakcipta.

Walaubagainapun, Oracle kalah dalam percubaan saman tersebut kerana Android menggunakan sumber terbuka.