Dua buah Pesawat Tempur Ringan Tejas sertai Tentera Udara India mulai Jumaat lepas.

Mereka adalah sebahagian daripada Squadron 45 "Flying Daggers" yang turut akan menerima 18 buah pesawat Tejas lagi termasuk 4 buah pesawat latihan pada 2018.

Gambar pesawat pejuang ringan Tejas keluaran India

Pesawat itu dinamakan Tejas daripada Bahasa Sanskrit yang bermaksud radiance oleh bekas Perdana Menteri India, Atal Bihari Vajpayee.

Pesawat Tempur Ringan (LCA) milik India adalah pesawat terkecil dan paling ringan dalam kelas Pesawat Tempur Supersonik Pelbagai Fungsi.

Pesawat pejuang Tejas adalah pesawat pejuang satu enjin, guna sayap kompaun delta, tiada ekor yang direka Tentera Udara India dan Tentera Laut India.

Setiap skuadron pesawat tempur Tejas akan kandungi 20 buah pesawat, termasuk 4 buah pesawat simpanan.

Barisan pesawat tempur ringan baru India dibina untuk menggantikan cabang pesawat ringan Tentera Udara India yang kebanyakannya dibarisi oleh MIG-21 dan Mirage 2000. Teknologi Tejas jauh lebih hebat berbanding MIG-21 yang dibina pada 1960-an dan kebanyakannya sekarang ini menjadi bahan pameran di muzium.


20160706