بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hari ini Master perbaharui cukai jalan (renew roadtax) bagi kereta Proton SAGA BLM H-Line 1.3 IAFM transmisi manual kerana cukai jalan tamat tempoh.

Aktiviti beli insurans dan perbaharui cukai jalan tamat tempoh itu berlaku di ibu pejabat Takaful Ikhlas Berhad di Bangsar South.

Untuk kereta Proton SAGA yang dah berusia 7 tahun itu:

  1. nilai perlindungan ialah RM 16,000 dan harga sumbangan asas ialah RM 663.80.
  2. Ditolak dengan kadar NCD sebanyak 55% atau RM 365.09.
  3. Ditambah dengan insurans cermin sebanyak RM 75.
  4. Menjadikan jumlah kasar perbaharui cukai jalan tamat tempoh sepatutnya dibayar ialah RM 373.31.
  5. Kami dapat pula diskaun 10%, atau berjumlah RM 37.37, menjadikan sumbangan selepas diskaun ialah RM 336.34.
  6. Tapi kami dikenakan pula Cukai Perkhidmatan dan Jualan atau lebih terkenal dengan panggilan GST untuk perbaharui cukai jalan tamat tempoh, sebanyak 6% atau RM 20.18.
  7. Dan untuk melengkapkan pembelian cukai jalan itu kami dikenakan Stamp Duty sebanyak RM 10.
  8. Jumlah kami kena bayar ialah RM 366.52 pada tahun ini untuk perbaharui cukai jalan tamat tempoh.

Tetapi urusan itu tidak hanya habis di situ! Rupa-rupanya kami kena bayar lagi bayaran Lesen Kenderaan Motor sebanyak RM 70 dan tambahan RM 15.90 sebagai cukai perkhidmatan.

Roadtax (cukai jalan) terus diperolehi pada masa itu kerana di sana ada kiosk MyEG yang boleh cetak cukai jalan kenderaan.

Untuk perbaharui Lesen Kenderaan Motor untuk kereta Proton SAGA BLM 1.3 IAFM MT tahun 2009 tersebut kami telah menghabiskan kira-kira RM 452.42.

Gambar lesen kenderaan motor Malaysia 2016 di Takaful Ikhlas
Gambar lesen kenderaan motor Malaysia (sumber)

20160902, artikel ini adalah catatan mengenai aktiviti memperbaharui cukai jalan kenderaan kereta Proton SAGA BLM.