Cara tewaskan formasi 4-1-4-1 Top Eleven

Cara tewaskan formasi 4-1-4-1 Top Eleven

Kenali Formasi 4-1-4-1

Ini adalah formasi yang agak tertumpu kepada mentaliti bertahan tapi ia juga bagus untuk serangan balas, dan tumpuan utama adalah untuk mendominasi bahagian tengah padang.

Gambar formasi 4-1-4-1 Top Eleven

Susah untuk menembusi bahagian tengah formasi 4-1-4-1 ini jadi taktikal yang digunakan haruslah sesuai untuk menangani taktik serangan balas daripada pihak lawan.

Formasi 4-2-2-2 Heksagon

Hanya mereka yang tabah dan cekal dan berani sahaja bisa menggunakan formasi sebegini kerana ia adalah formasi yang boleh dikatakan membunuh diri.

Formasi 4-2-2-2 Heksagon ini adalah berbeza sedikit dengan Formasi 4-2-2-2 tradisional kerana Tedi mahukan pemain tengah (Central Midfielder) dan pemain tengah menyerang (Attacking Midfielder) tidak saling membatasi pergerakan masing-masing.

Ia fokus kepada penembusan dan memerlukan pemain yang diyakini kemahirannya mengawal bola. Selain itu adalah satu bonus jika anda punyai Attacking Midfielder (pemain tengah menyerang) yang punyai kemahiran menjaringkan gol dari jauh.

Boleh bermain secara terus dengan menghantar bola jauh ke hadapan kerana ada 4 pemain hadapan menunggu. Bermain serangan balas juga satu pilihan tapi harus digunakan dengan waspada untuk elakkan keletihan di bahagian pertahanan.

Tetapi awas! Pemain pertahanan anda seharusnya kuat kerana mereka akan melawan 5 orang pemain terutamanya di bahagian pertahanan kiri dan kanan kerana mereka tidak mendapat perlindungan daripada pemain tengah disebabkan ketiadaan posisi pemain tengah kiri dan kanan.

Gambar formasi 4-2-2-2 Heksagon Top Eleven kalahkan Formasi 4-1-4-1

Tedi akan gunakan tetapan (setting) seperti di bawah apabila bermain dalam formasi 4-2-2-2 ini:

Team mentality: Normal
Focus passing: Mixed
Pressing style: Low
Tackling Style: Normal
Passing Style: Mixed
Marking Style: Zonal
Force counterattacks: No
Play offside trap: No

Formasi 4-3-2-1

Gambar formasi 4-3-2-1 Winning Eleven

Apabila gunakan formasi ini kita seharusnya bermain agak tinggi untuk memaksa pasukan lawan berkampung di kawasan sendiri.

Gunakan serangan sayap kerana bahagian tengah lebih sukar untuk ditembusi.

Gunakan serangan balas (counter-attack) untuk memaksa mereka berkampung di kawasan sendiri. Hantaran jauh aalah lebih sesuai untuk serangan balas dan gunakan penyerang yang mampu untuk bermain secara solo di bahagian hadapan. Kemampuan mengawal bola dan menanduk adalah amat penting kerana pemain sayap harus selalu membuat hantaran jauh kepadanya.

Apabila Tedi gunakan formasi ini, Tedi akan memastikan Tedi punyai 2 pemain simpanan sayap kiri dan kanan (Left-Winger dan Right-Winger) kerana mereka lebih mudah letih disebabkan aksi serangan balas yang dilakukan.

Hantaran bola difokuskan kepada kedua-dua pemain sayap kiri dan kanan dengan hantaran terus. Adalah satu bonus apabila anda punyai pemain sayap yang boleh memotong masuk ke bahagian tengah sejurus sahaja mendapat bola.

Tedi agak tertekan apabila gunakan formasi ini kerana tidak digalakkan melakukan serangan balas dan juga perangkap offside, 2 taktikal yang Tedi minati, tapi kalau kita nak guna pun bukan masalah jika kita percaya dengan para pemain yang kita ada.

Gunakan tetapan (setting) seperti di bawah apabila gunakan formasi 4-3-2-1 ini

Team mentality : Attacking (menyerang)
Focus passing : Downboth Flanks (kedua-dua belah sayap)
Pressing style : Whole pitch (seluruh padang)
Tackling style : Hard (keras)
Passing style : Long (panjang)
Marking style : Man-on-man (satu kawal satu)
Counters : YES
Offside trap : NO

Ulasan