Animax kini di HyppTV

Semasa kawan-kawan Mommy datang untuk berbuka puasa di rumah hari tu, ada yang membawa anak-anak.

Master hulurkan remote control HyppTV kepada salah seorang kanak-kanak tu untuk mereka layan channel apa yang mereka nak.

Sekali mereka buka channel Animax.

Terkejut Tedi melihatnya, sebab Tedi tak pernah tahu pun ada saluran Animax dalam HyppTV ni.

Mommy kata ia adalah saluran baru di bawah rangkaian SONY.

Tedi agak berminat menonton saluran baru ni sebab ada kartun Young Kindaichi, kisah penyiasat muda bernama Kindaichi.

Master kata best cerita dia ni sebab ia bagi kita pembayang sebenar berbanding kartun Detective Conan.

Tapi selepas beberapa episod menontonnya Tedi mula berasa bosan sebab pertama ialah ceritanya tak pernah habis dalam satu episod, asyik bersambung aja. Lainlah kalau Animax tayangkan cerita Young Kindaichi tu back to back, 24 jam sehari. Malaslah nak tunggu.

Lagi satu kartunnya tidak sesuai untuk kanak-kanak, di mana Tedi tengok lukisannya agak menggerunkan.

Apa-apa pun, selamat datang Animax ke dunia pencinta kartun Malaysia.

Ulasan