Pot luck buka puasa klik pejabat Mommy

Pada hari Sabtu, 3 Jun 2017 yang lalu, kawan-kawan sepejabat Mommy telah menghadirkan diri ke rumah kami untuk berbuka puasa.

Konsep kali ini adalah potluck di mana masing-masing membawa juadah berbuka puasa sendiri. Tedi tak pasti sama ada betul istilah potluck yang Tedi guna tu sebab kalau terjemahan langsungnya berbunyi teko tuah.

Selain itu ada kawan Mommy yang memasak di rumah kami.

Pelbagai juadah berbuka puasa menghiasi menu kami pada hari itu seperti ayam goreng berempah, ayam mentega berkeju, sotong masak hitam, udang masak lemak cili api, ikan siakap stim limau dan macam-macam lagi. Rugilah orang macam Master sebab dia makan udang masak lemak cili api dan ayam goreng berempah sahaja.

Bayi Aina sangat behave pada masa kejadian, dia tidak melalak seperti biasa dan duduk diam dengan orang lain. Tapi kalau dengan Master saja dia akan mula merengek. Ini menyebabkan Tedi berpendapat bahawa bayi Aina ni saja mahukan publisiti. Mungkin dia mahu bermanja dengan Mommy dan Master.

Ulasan