Bina ayat dinafikan

Ini adalah contoh beberapa ayat yang dibina daripada perkataan "dinafikan".
Dinafikan adalah perkataan daripada kata akar "nafi".
  1. Tidak dinafikan ramai ibu yang mengalami kekurangan susu badan sehinga terpaksa memberi susu formula kepada bayi mereka.
  2. Para pekerja kilang tersebut mogok apabila beberapa hak mereka sebagai pekerja dinafikan oleh pihak pengurusan kilang.
  3. Tidak dapat dinafikan bahawa kenaikan harga minyak menyumbang kepada kenaikan harga barangan di pasaran.
  4. Sukri tidak rela haknya sebagai salah seorang penerima wasiat arwah bapanya dinafikan oleh Ahmad, dia rela bertegang leher walaupun dengan abang kandungnya sendiri.
  5. Jalal bengang apabila tuduhannya terhadap Najib dinafikan oleh Samsul yang tidak mahu mengaku menyaksikan Najib mencuri duit dari tabung kelas.
Selalunya perkataan "dinafikan" ini digunakan dalam dua situasi iaitu:
  1. Membenarkan sesuatu fakta atau pendapat: selalunya ayat yang membenarkan sesuatu fakta akan didahului dengan ayat "tidak dinafikan" atau "tidak dapat dinafikan" atau "tidak dapat dinafikan lagi".
  2.  Ditidakkan, ditolak, tidak diendahkan.

Ulasan