Mengkaji bas Ekspress Kesatuan

Ekspress Kesatuan?

Tedi tak pernah dengar pasal syarikat bas Express Kesatuan ni, jadi memang Tedi garu kepala yang tidak gatal apabila diajukan soalan mengenainya.

Untuk tidak menghampakan kawan yang bertanya, Tedi selaku enjin carian bergerak melaksanakan tugasan kali ini khas Untukmu Teman... hehehe...

Kome bacalah karangan di bawah dengan sehabis baik dan buatlah keputusan elok-elok. Kalau perlu buat solat istikharah sebelum beli tiket bas ni.

Kepada syarikat Kesatuan Express ni, jangan salahkan orang kalau share pasal awak, kalau baik orang puji, kalau buruk orang keji, itulah lumrah kehidupan.

gambar bas sat tingkat Ekspress Kesatuan dari Malaysia

Ekspress Kesatuan menyediakan perkhidmatan bas ekspres di pantai barat Malaysia.

Mereka telah menjadi salah sebuah syarikat bas ekspres yang paling lama di Semenanjung Malaysia.

Kesatuan Express adalah pengendali yang berasal dari Ipoh dengan kehadiran yang kuat di bahagian Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Mereka dikenali juga sebagai Express Kesatuan.

Di antara banyak laluan bas yang disediakan termasuk perjalanan harian dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands, Bukit Kayu Hitam dan juga Hat Yai.

 
Ekspress Kesatuan turut menawarkan perjalanan dari Kuantan ke Ipoh 

 Contoh pakej tambang ekonomi yang ditawarkan oleh Express Kesatuan:

  • Terminal Sentral Kuantan ke Butterworth dari RM 58 (lima puluh lapan Ringgit Malaysia sahaja).
  • Terminal Sentral Kuantan ke Sungai Nibong Pulau Pinang dari RM 60 (enam puluh Ringgit Malaysia sahaja).
  • Terminal Sentral Kuantan ke Kulim tambang dari RM 58 (lima puluh lapan Ringgit Malaysia sahaja)
 

 

Terdapat juga perjalanan bas dari tempat pickup seperti Penang Sentral, Melaka Sentral, Terminal One Seremban dan banyak lagi.

Dalam usaha untuk terus mendahului pesaing mereka, Kesatuan Express terus konsisten menggantikan bas lama dengan bas baru yang kerap memberikan pengalaman perjalanan dengan keselesaan optimum. Kebanyakan bas mereka adalah bas satu tingkat dengan 30 tempat duduk yang selesa dan bersih.

Penumpang Ekspres Kesatuan berkemungkinan menyukai perhidmatan yang disediakan kerana tiada sebarang review atau kritikan daripada mereka. Tetapi ada beberapa kiriman blog yang urut dada dengan perkhidmatan Ekspres Kesatuan seperti:

  1. Pada 26 Feb 2017, seorang penumpang kata mengalami mimpi ngeri kena tukar bas dua kali... ish ish ish...
  2. Pada Oktober 2014, .kakak mimi relax je naik bas Ekspres Kesatuan ke HatYai dari Pudu Central.
  3. http://budaksrikinta.blogspot.my/2014/03/penipuan-syarikat-bas-ekspres-kesatuan.html
  4. http://olynmz.blogspot.my/2010/08/kesatuan-ekspress-menipu.html
  5. Pada 16 Ogos 2014, encik Shah Samsudeen komen: Driver kesatuan ekspress pakcik pakai kopiah spek mata tu sgt kurang ajar.. cakap lebih kurang, time makan tinggal pasengger, pasenger ligan bas naik balik kena marah lagi.. Hati2 dgn pakcik tu..
  6. Pada tahun 2007 ada pula seruan untuk boikot Kesatuan Express.
  7. http://bdkleovirgo.blogspot.my/2006/03/ekspress-kesatuan-syarikat-lahanat.html
  8. Pada Feb 2006, ada penumpang kesal dengan layanan buruk Ekspress Kesatuan di Pudu Raya.

Ulasan

Trending