Tambah nilai Touch n Go di MyMydin tanpa caj

~ iklan | email tedi.interpretzz@gmail.com untuk iklan seperti ini | iklan ~

Kepada para pengguna kad Touch n Go yang selama ini pening kepala di manakah nak tambah nilai kad Touch 'n Go tersebut secara percuma?

Apakah maksud tambah nilai Touch n Go percuma? Maksudnya ialah tambah nilai Touch n Go di Malaysia tanpa dikenakan sebarang caj. Selalunya caj yang dikenakan adalah 50 sen. Jangan pula kawan-kawan pergi ke lokasi berkenaan dan kata nak Touch n Go percuma... tak boleh lagu tu...

Betulkah ada tempat boleh topup kad TNG dengan percuma? Jawapannya: ada.

Macam mana boleh reload kad Touch 'n Go percuma kalau syarikat Touch n Go Sdn Bhd mengenakan caj ke atas perkhidmatan tambah nilai kad TNG tersebut?

Jawapannya: sebab bukan syarikat TNGSB yang kenakan caj tersebut, sebaliknya ejen yang mengenakan caj tersebut. Contohnya jika anda reload di stesen minyak dan dicaj 50 sen, maka ejen di stesen minyak tersebutlah yang mengenakan caj tersebut untuk dijadikan sumber keuntungan mereka.

Kini boleh tambah nilai kad TNG di MYMYDIN di Malaysia

Baiklah, memang banyak tempat atau lokasi boleh tambah nilai kad Touch n Go dengan free, tapi hari ini Tedi cuma nak kongsi satu lokasi baru yang menyediakan perkhidmatan tambah nilai secara percuma kad Touch 'n Go.

Lokasi tersebut ialah di outlet MYMYDIN yang terpilih di seluruh Malaysia.

iklan tambah nilai touch n go, topup, reload kad TNG percuma 2018

~ iklan | email tedi.interpretzz@gmail.com untuk iklan seperti ini | iklan ~

Senarai Outlet MYMYDIN sediakan reload tanpa reload fee:

Di bawah ini disenaraikan outlet MYMYDIN di Lembah Kelang di Malaysia yang membolehkan anda tambah nilai kad Touch & Go anda tanpa dikenakan caj tambah nilai.

Senarai ini dikemaskini pada 19 Februari 2018.

  1. Amara Boulevard
  2. Balakong
  3. Bandar Puteri
  4. Bandar Tun Hussein Onn
  5. Bukit Kuda
  6. Bukit Naga
  7. Bukit Tinggi
  8. Bukit Tinggi 2
  9. Damai Utama
  10. Desa Latania
  11. Desa Mentari 1
  12. Desa Mentari 2
  13. Gasing Indah
  14. Jeram
  15. Kapar (Kerayong)
  16. Ken Rimba
  17. Kampung Raja Uda
  18. Kuala Selangor
  19. Pandamaran
  20. Pekan Kapar
  21. Puncak Alam
  22. Putra Walk
  23. Raja Muda Musa
  24. Rantau Panjang
  25. Saujana Utama
  26. Sungai Jenjarum
  27. Sri Manja
  28. Subang Angsana
  29. Subang Bestari
  30. Sungai Buloh
  31. Sungai Long
  32. Taman Kinrara
  33. Taman Sentosa
  34. Tasik Prima
  35. Teluk Pulai
  36. Taman Mesra Ampang
  37. TPK Kinrara
  38. TTDI Jaya
  39. Tun Perak

 ~ iklan | email tedi.interpretzz@gmail.com untuk iklan seperti ini | iklan ~

Ulasan

Trending